Friday, April 17, 2009

Najib hendak kaji tol

Apa la lagi yang nak di kaji. Kan ka membebankan saja tol ni. Tengok jiran kita, Thailand. Tol hanya di bandar besar seperti Bangkok sahaja. Itu pun setelah prasarana kemudahan pengangkutan awam disediakan.

Lebuhrayanya lurus sepanjang bermula dari Sadao ke Bangkok, tanpa mengenakan sebarang bayaran pun. Di Singapura pula, tol dikenakan dalam situasi berbeza, di mana, untuk mengurangkan jumlah kenderaan di sesuatu jalan, caj tertentu dikenakan semasa penggunaan waktu puncak.

Kalau aku jadi Najib, aku ambik aleh saja semua tol tu, kemudian cipta peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dengan menyerapkan mereka ke Jabatan Kerja Raya (JKR). Sekarang pun, oghang JKR gherja cekak pinggang saja. Mana ada depa pi dok buat jalan dengan bangunan. Semua tu dah kena swasta dah. Baik tak payah ada JKR.

Sebab la ni dunia tengah gawat, Najib kena jana sektor ekonomi dalaman. Ekspot akan menurun kerana permintaan berkurangan. Banyakkan projek-projek pembinaan yang tak secagha langsung, akan tolong 23 industri berkaitan sektor pembinaan.

Jangan la nanti isu tol pulak keluaq masa kempen Penanti nanti. Tidak ni, tok haji tak tau nak pangkah apa la pulak nanti.

No comments:

Post a Comment