Anwar akan berada di Penanti malam ini untuk bertemu dengan kepimpinan tertinggi PAS dan DAP untuk berbincang mengenai calon yang bakal bertanding, ekoran kekosongan kerusi tersebut setelah Fairuz meletakkan jawatannya semalam.
PAS akan menyuarakan hasrat untuk bertanding memandangkan beberapa insiden buruk yang terpalit kepada calon PKR yang lepas-lepas, di mana, rakyat meyaksikan 2 ADUNnya jadi bebas, 2 lagi letak jawatan. Rekod buruk ini sedikit sebanyak akan dimainkan oleh BN.
Sekiranya mereka hendak meletakkan juga calon PKR, seseorang yang berwibawa, sebaik-baiknya penduduk tempatan yang dihormati dan dikenali ramai, diletakkan di kerusi itu. Jika tidak, aku rasa, Anwar masih tidak belajaq lagi.
Kadang-kadang, rakyat boleh mula bosan dengan banyaknya politiking tetapi perlahan di dalam melakukan perubahan. Sekiranya Najib mempunyai hanya 3 tahun untuk membuktikan keupayaannya, Anwar juga mempunyai masa yang sama.
Adalah lebih baik sekiranya masa tersebut ditumpukan ke arah membawa masuk pelaburan asing dari luar untuk beroperasi di 5 negeri PR. Rakyat pasti buka mata, dan sokongan rakyat di 5 negeri ini pasti tidak berubah.
Biarkan Najib dengan kalajengking dan Sukhoinya, hatta al-Tan tu YA rabbi, biarkan. Rakyat sekarang cerdik, bukan dungu macam dulu. Sekali depa bagi chance, tapi kalau depa tengok lebih kurang saja, baik depa pangkah balik BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment