Showing posts with label prk. Show all posts
Showing posts with label prk. Show all posts

Thursday, April 16, 2009

Anwar di Penanti malam ini

Anwar akan berada di Penanti malam ini untuk bertemu dengan kepimpinan tertinggi PAS dan DAP untuk berbincang mengenai calon yang bakal bertanding, ekoran kekosongan kerusi tersebut setelah Fairuz meletakkan jawatannya semalam.

PAS akan menyuarakan hasrat untuk bertanding memandangkan beberapa insiden buruk yang terpalit kepada calon PKR yang lepas-lepas, di mana, rakyat meyaksikan 2 ADUNnya jadi bebas, 2 lagi letak jawatan. Rekod buruk ini sedikit sebanyak akan dimainkan oleh BN.

Sekiranya mereka hendak meletakkan juga calon PKR, seseorang yang berwibawa, sebaik-baiknya penduduk tempatan yang dihormati dan dikenali ramai, diletakkan di kerusi itu. Jika tidak, aku rasa, Anwar masih tidak belajaq lagi.

Kadang-kadang, rakyat boleh mula bosan dengan banyaknya politiking tetapi perlahan di dalam melakukan perubahan. Sekiranya Najib mempunyai hanya 3 tahun untuk membuktikan keupayaannya, Anwar juga mempunyai masa yang sama.

Adalah lebih baik sekiranya masa tersebut ditumpukan ke arah membawa masuk pelaburan asing dari luar untuk beroperasi di 5 negeri PR. Rakyat pasti buka mata, dan sokongan rakyat di 5 negeri ini pasti tidak berubah.

Biarkan Najib dengan kalajengking dan Sukhoinya, hatta al-Tan tu YA rabbi, biarkan. Rakyat sekarang cerdik, bukan dungu macam dulu. Sekali depa bagi chance, tapi kalau depa tengok lebih kurang saja, baik depa pangkah balik BN.

Penanti Menanti-nanti ahli parti

Kemenangan terbaru di dua bukit, Bukit Selambau dan Bukit Gantang, masih berbaki lagi saat manis kemenangannya. Kini, aku akan ke Penanti pula, menantikan kembali, saat kemanisan merayakan kemenangan buat ke sekian kalinya.

Aku akan melaporkan PRK kali ini secara santai. Bagi mereka yang berkehendakkan berita yang terkini tetapi dalam bentuk formal, bolehlah melayari site aku yang satu lagi di X dAk AkAi. Di sana, segala bentuk berita dan pemberitaan adalah secara formal.

Kepala otak Najib kini bagaikan meletup-letup apabila terpaksa berdepan dengan satu lagi PRK, yang mana, dia telah menyaksikan bagaimana gelombang rakyat telah melanda politik tanah air dengan menyaksikan kekalahan demi kekalahan di terima oleh BN.

Kecuali Batang Ai, di mana, 13 peti undi terpaksa di bawa dengan helikopter ke pusat pengiraan undi, BN tewas di semua PRK selepas PRU 12. Pertambahan jumlah pengundi adalah ketara di semua PRK. BN di tolak di mana-mana.

Sesiapa yang berada di tempat Najib pasti akan berdepan dengan pelbagai persoalan, mana nak fikirkan One Malaysia, lepas tu kena perbetui dulu One UMNO, dalam masa 3 tahun. Selepas ini, rakyat yang akan menentukan, siapa yang berhak untuk memerintah.

3 tahun adalah satu jangkamasa yang sangat pendek untuk membuktikan ketokohan dan keupayaan memerintah, kecuali Najib membuat putaran 360 darjah dengan bertaubat dan mendiri serta memerintah secara Islam.

Sekiranya ini berlaku, adalah wajib untuk PKR dan PAS menyertai pakatan pemerintahan secara Islam yang syumul. Sistem syura digunakan menggantikan sistem demokrasi ciptaan yahudi.

Aku menyeru kepada pemimpin kita kini agar kembali ke jalan yang sebenar. Amin,