Saturday, April 18, 2009

Kalau aku jadi PM

Orang akan bertanya, apa aku akan buat kalau aku yang jadi PM. Pada aku persoalan itu sangat enteng bagi ku. Di Malaysia, terdapat 222 kerusi parlimen. Di dalamnya, terdapat 505 kerusi DUN. Dalam masa 3 tahun sementara nak PRU ke 13, aku akan bangunkan 1 parlimen dengan IKS asas.

Maksud aku, peruntukan sebanyak RM10 juta akan dilaburkan untuk membina sebuah industri asas, seperti mee kuning, kicap, koe teow, tahu dan lain-lain lagi. Setiap kilang di perlimen ini dapat menampung keperluan di 10 kawasan parlimen. Bermakna, untuk aku menyediakan keperluan asas di 222 parlimen, aku perlu menyediakan 23 kilang mega yang mengeluarkan satu jenis bahan asas.

Akan ujud 23 kilang mee kuning, 23 kilang koe teow dan sebagainya. Sekiranya 1 kilang menyediakan peluang pekerjaan kepada 1,000 orang, aku telah pun menyediakan 23,000 peluang pekerjaan kepada rakyat aku hanya dengan 1 produk asas sahaja.

Andaikata, terdapat 20 produk asas yang perlu digunakan oleh rakyat aku, secara tidak langsung, aku telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 460,000 pekerja. Itu belum mengambil kira sektor pembinaan yang akan menjadi rancak dengan segala keperluan infrastruktur dan pembinaan kilang. Secara tidak langsung, aku menghidupkan lagi 23 industri hiliran.

Kos untuk aku hanyalah RM230 juta untuk satu produk asas, manakala jumlah keseluruhan adalah RM4.6 bilion. Nak bina 460 kilang ini di merata parlimen memerlukan satu konsep kesamarataan di mana, semua pihak yang berupaya untuk melaksanakan projek ini di jemput untuk mengambil bahagian.

Bermakna, semua pihak mendapat bahagian, tidak di bolot oleh satu pihak sahaja, dan harga akan naik melambung berkali ganda jika konsep payung digunakan. Ketirisan tidak dibenarkan dalam pemerintahan aku. Tempoh pembinaan kesemua kilang-kilang ini mengambil masa 1 tahun.

Lagi 2 tahun, aku sedia peluang pekerjaan kepada rakyat aku. Di samping tu, aku akan mendapatkan pelabur dari timur tengah yang dahagakan peluang pelaburan setelah pusat pelaburan mereka di Amarika dan Eropah lumpuh dek kegawatan dunia sekarang. Malaysia punya nama di kalangan anggota OIC. Mesti depa nak deghaq jugak idea aku.

Pangge depa ni laboq dalam industri IT dan Animasi. Hidupkan balik e-village, tak banyak mana dah nak top up. Paling kuat, katalah lagi RM1 bilion. Bagi pak arab ni, RM1 bilion tak dak apa, duit depa belambak. Juai la 75% dari RM1 bilion tu tapi bagi saham 40% saja. Baru negara ada untung. La ni, berlambak budak IT tak dak kerja. Pangge depa ni, serap masuk dan bagi latihan semula.

Tengok pulak kot belah kampong tu, yang mana dah tinggai oghang tua-tua saja yang dok buat bendang, getah dan kelapa sawit, modenkan proses dan operasi. Gunakan traktor berskala kecil, yang boleh dikendalikan oleh orang tua-tua dengan mudah. Kita ada SIRIM, Mardi, UTM, depa ni semua boleh cipta prototaip. Nak bina, kilang pemasangan otomotif kita berlambak, bagi ja depa pasang.

Kalau nak bagi banyak kerja, buat pulak kilang traktor kecik sebuah. Dah tambah satu lagi pelaburan. Hishh.. berlambak lagi idea aku kalau aku jadi PM. Tak dak masa agaknya aku nak pi mengintai salah laku oghang lain. Nak buat gheja yang aku habaq tadi pun dah kira tak cukup masa dah.

Mana nak pikiaq lagi cara percambahan modal intelek dan harta intelek. Tempat ni la buat duit paling banyak. Cipta idea ja, orang lain buat, tapi depa kena bayaq kat kita. Baghu tak sia-sia angan-angan mat jenin tu.

Sapa kena tangkap bagi atau terima rasuah, dua-dua kena tangkap dan letak kat pulau asing selama 5 tahun. Pandai-pandai depa la macam mana nak hidup. Takat makan minum dan tempat rehat tu aku bagi. Lain-lain, lu pikiaq la sendighi.

Bagi yang berzina, depa ni aku boh kat pulau lain pulak. Zuriat depa boleh berkembang di pulau ni. Samping tu, aku bagi asuhan keagamaan yang lebih sikit. Bagi depa ni insaf dan jadi ibu-bapak yang soleh. Bagi depa ni peluang, tebus kesalahan. Apabila sudah bersedia untuk ke pangkuan masyarakat, boleh mai balik. Tak pa.

Bab cughi ni, aku kena tengok sebab. Kalau pasai terpaksa, aku boleh maafkan. Kalau sebab suka-suka, aku tarbiah dia kat pulau lain. Bagi depa ni balik ke pangkal jalan. Lepaih tu, hantaq balik dalam masyarakat. Kalau kena tangkap lagi, sebab suka-suka, aku potong tangan kighi. Tapi kalau sebab terpaksa, aku lepaihkan dengan peringatan terakhir, kena tarbiyah jugak dulu setahun dua.

Kighanya, setaip apa yang hendak di buat, kenalah berdasarkan hukum Islam yang sebenaq. Baru negara aku maju. Demokrasi dah telungkup dah, komunis kigha hampir out, tapi ekonomi masih rancak, tinggai Islam saja yang belum kita cuba.

Maka, kalau aku jadi PM, aku akan buat macam mana Madinah di bina dalam masa 22 tahun. Kigha ok la tu, sama dengan masa Tok Det jadi PM. Insyaallah, kalau masin mulut kawan-kawan aku, hampa kena ingat, hampa baca kat blog ni.

BN hilang teloq

Najib habaq kalau semua komponen BN setuju, BN mungkin tak bertanding di Penanti nanti. Dia kata, buat ghugi duit rakyat ja. La ni dia tak mau membaziaq. Dulu ceghita lain. La ni ceghita lain. Bukak buku baghu.

Baguih la Najib, kalau sedaq macam tu. Kigha PR menang tak payah bertandinglah. Selamat duit Najib, selamat duit negagha. Tidak ni nak kena taboq projek mee segegha la pulak meghata tempat. Najib cepat belajaq. Aku haghap, dia cepat pandai. Tumpu pada pembangunan, rakyat akan nilai sendiri kemudian.

Tak payah la dok politiking, adu domba, caghi salah oghang lain, tahan oghang dalam ISA, dan lain-lain lagi yang seangkatan dengannya. Tu semua gheja setan. Jangan dok ikut sangat tok gughu setan tu. Dia memang gheja menyesat kita saja. Tak boleh salah dia, sebab memang gheja dia. Kalau dia tak buat gheja dia, nanti Allah murka pulak kat dia.

Kita ni la yang nak kena pebetui dighi kita sendighi. Biaq pi la kalau depa kata BN hilang teloq sekali pun, pedulikan depa, hang pi buat gheja hang dah. Biaq Anwar buat gheja dia, masing-masing tunjuk sapa boleh buat gheja PM. Takat nak jadi PM, tongkoi kayu pun boleh.

Biaqkan Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan... biarkan... biarkan...

Friday, April 17, 2009

Najib hendak kaji tol

Apa la lagi yang nak di kaji. Kan ka membebankan saja tol ni. Tengok jiran kita, Thailand. Tol hanya di bandar besar seperti Bangkok sahaja. Itu pun setelah prasarana kemudahan pengangkutan awam disediakan.

Lebuhrayanya lurus sepanjang bermula dari Sadao ke Bangkok, tanpa mengenakan sebarang bayaran pun. Di Singapura pula, tol dikenakan dalam situasi berbeza, di mana, untuk mengurangkan jumlah kenderaan di sesuatu jalan, caj tertentu dikenakan semasa penggunaan waktu puncak.

Kalau aku jadi Najib, aku ambik aleh saja semua tol tu, kemudian cipta peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dengan menyerapkan mereka ke Jabatan Kerja Raya (JKR). Sekarang pun, oghang JKR gherja cekak pinggang saja. Mana ada depa pi dok buat jalan dengan bangunan. Semua tu dah kena swasta dah. Baik tak payah ada JKR.

Sebab la ni dunia tengah gawat, Najib kena jana sektor ekonomi dalaman. Ekspot akan menurun kerana permintaan berkurangan. Banyakkan projek-projek pembinaan yang tak secagha langsung, akan tolong 23 industri berkaitan sektor pembinaan.

Jangan la nanti isu tol pulak keluaq masa kempen Penanti nanti. Tidak ni, tok haji tak tau nak pangkah apa la pulak nanti.

Thursday, April 16, 2009

Anwar di Penanti malam ini

Anwar akan berada di Penanti malam ini untuk bertemu dengan kepimpinan tertinggi PAS dan DAP untuk berbincang mengenai calon yang bakal bertanding, ekoran kekosongan kerusi tersebut setelah Fairuz meletakkan jawatannya semalam.

PAS akan menyuarakan hasrat untuk bertanding memandangkan beberapa insiden buruk yang terpalit kepada calon PKR yang lepas-lepas, di mana, rakyat meyaksikan 2 ADUNnya jadi bebas, 2 lagi letak jawatan. Rekod buruk ini sedikit sebanyak akan dimainkan oleh BN.

Sekiranya mereka hendak meletakkan juga calon PKR, seseorang yang berwibawa, sebaik-baiknya penduduk tempatan yang dihormati dan dikenali ramai, diletakkan di kerusi itu. Jika tidak, aku rasa, Anwar masih tidak belajaq lagi.

Kadang-kadang, rakyat boleh mula bosan dengan banyaknya politiking tetapi perlahan di dalam melakukan perubahan. Sekiranya Najib mempunyai hanya 3 tahun untuk membuktikan keupayaannya, Anwar juga mempunyai masa yang sama.

Adalah lebih baik sekiranya masa tersebut ditumpukan ke arah membawa masuk pelaburan asing dari luar untuk beroperasi di 5 negeri PR. Rakyat pasti buka mata, dan sokongan rakyat di 5 negeri ini pasti tidak berubah.

Biarkan Najib dengan kalajengking dan Sukhoinya, hatta al-Tan tu YA rabbi, biarkan. Rakyat sekarang cerdik, bukan dungu macam dulu. Sekali depa bagi chance, tapi kalau depa tengok lebih kurang saja, baik depa pangkah balik BN.

Penanti Menanti-nanti ahli parti

Kemenangan terbaru di dua bukit, Bukit Selambau dan Bukit Gantang, masih berbaki lagi saat manis kemenangannya. Kini, aku akan ke Penanti pula, menantikan kembali, saat kemanisan merayakan kemenangan buat ke sekian kalinya.

Aku akan melaporkan PRK kali ini secara santai. Bagi mereka yang berkehendakkan berita yang terkini tetapi dalam bentuk formal, bolehlah melayari site aku yang satu lagi di X dAk AkAi. Di sana, segala bentuk berita dan pemberitaan adalah secara formal.

Kepala otak Najib kini bagaikan meletup-letup apabila terpaksa berdepan dengan satu lagi PRK, yang mana, dia telah menyaksikan bagaimana gelombang rakyat telah melanda politik tanah air dengan menyaksikan kekalahan demi kekalahan di terima oleh BN.

Kecuali Batang Ai, di mana, 13 peti undi terpaksa di bawa dengan helikopter ke pusat pengiraan undi, BN tewas di semua PRK selepas PRU 12. Pertambahan jumlah pengundi adalah ketara di semua PRK. BN di tolak di mana-mana.

Sesiapa yang berada di tempat Najib pasti akan berdepan dengan pelbagai persoalan, mana nak fikirkan One Malaysia, lepas tu kena perbetui dulu One UMNO, dalam masa 3 tahun. Selepas ini, rakyat yang akan menentukan, siapa yang berhak untuk memerintah.

3 tahun adalah satu jangkamasa yang sangat pendek untuk membuktikan ketokohan dan keupayaan memerintah, kecuali Najib membuat putaran 360 darjah dengan bertaubat dan mendiri serta memerintah secara Islam.

Sekiranya ini berlaku, adalah wajib untuk PKR dan PAS menyertai pakatan pemerintahan secara Islam yang syumul. Sistem syura digunakan menggantikan sistem demokrasi ciptaan yahudi.

Aku menyeru kepada pemimpin kita kini agar kembali ke jalan yang sebenar. Amin,